firework

Friday, November 30, 2018

TIPS MUDAH UNTUK MENGGUNAKAN MICROSOFT WORDS


TIPS MUDAH UNTUK MENGGUNAKAN MICROSOFT WORDS



Aku nak kongsikan beberapa tips mudah untuk kita melakukan kerja-kerja seperti menaip surat, membuat tugasan, membuat laporan dan lain-lain dengan menggunakan 'Microsoft Words"




Haaa ni tips-tipsnya:
  • Untuk pilih keseluruhan peranggan ayat, klik 3 kali dengan cepat pada perenggan tersebut.
  • Untuk pilih keseluruhan ayat, tekan CTRL sambil klik pada ayat tersebut.







  • Untuk buat garisan pemisah, taip 3 simbol “-” (dash/hypen) dan tekan Enter. Untuk garisan lebih tebal, taip 3 ‘_’ (underscore).
  • Buat huruf kecilbawah (subscript), pilih huruf tersebut dan tekan CTRL dan + , untuk huruf kecilatas (supscript) pula tekan CTRL SHIFT +.



  • Padam perkataaan demi perkataan dengan tekan Backspace sambil menekan CTRL.
  • Lupa di mana hendak sambung menaip? Gerakkan cursor ke tempat terakhir anda menaip semasa Save terdahulu, tekan Shift F5.
  • Tukar saiz teks dengan mudah, pilih teks tersebut, tekan Ctrl Shift > untuk besarkan, Ctrl Shift < untuk kecilkan.


  • Buat Table dengan mudah, taip simbol + dan tekan Tab. Taip simbol + lagi dan tekan Tab. Buat beberapa kali mengikut bilangan column yang mahu. Selepas simbol + terakhir, jangan tekan Tab, tetapi tekan Enter. Table akan muncul.
  • Tambah row pada Table pula, letak cursor pada kotak cell paling bawah kanan, tekan tanpa lepas kekunci Tab sehingga anda dapat bilangan row yang dikehendaki.
 



OK setakat ini je dulu untuk informasi kali ini...









Wednesday, November 28, 2018

AKU ANAK FELDA

TUJUAN AKU MASUKKAN CERITA FELDA DALAM BLOG INI
SEBAB AKU LAH "ANAK FELDA"...

Jomm kita belajar sedikit sejarah penubuhannya...

Image result for sejarah felda

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority atau FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Image result for kelapa sawit

Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. 




Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.


Image result for kelapa sawit


FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . 

Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. 



FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. 

Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.



FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.

AKU BANGGA MENJADI SEORANG ANAK FELDA...






Tuesday, November 27, 2018

4 Tips untuk Membuat Pembentangan


4 Tips untuk Membuat Pembentangan 


Image result for good presentation

Perkara ini penting bagi memudahkan dan melancarkan semua urusan semasa pembentangan dilakukan. 
Perkara neves atau gementar itu adalah lumrah manusia, namun boleh diatasi jika persediaan dari segi teknikal dan mental kita cukup dan betul-betul bersedia.

1. Berlatih Untuk Menjadi Sempurna

Semua orang tahu, "practise make perfect" formula ini memang semua orang tahu cuma sama ada kita nak buat atau tak. Gementar tu datang apabila kita melakukan sesuatu perkara itu untuk pertama kalinya. Namun jika ia diamalkan atau diulang-ulang untuk beberapa kali secara semula jadinya akal fikiran akan mengeluarkan semula idea atau gambaran apa yang harus dilakukan seterusnya.




Oleh itu berlatih laa untuk kita menjadi sempurna, walaupun memang bukan mudah untuk sempurna.

2. Kekal untuk "One Big Idea"

Kebiasaannya kita akan dihujani dan dilemparkan dengan pelbagai idea dan pandangan semasa pembentangan. Dalam usaha untuk membina keyakinan, kita kekal dengan satu idea yang telah kita rancang dan beri la alasan untuk meyakinkan pendengar supaya setuju dengan idea asal.




Jika terlalu melayani idea dan pandangan orang lain semasa pembentangan, ia akan mengganggu point dan idea asal kita. Selain itu juga masa pembentangan akan menjadi lebih panjang atau tidak cukup masa untuk menghabiskan slide pembentangan.

Image result for good presentation

3. Bijak untuk Menarik Perhatian

Kita hendaklah bijak untuk menarik perhatian pendengar semasa pembentangan dibuat.




Selain daripada isi kandungan yang baik dan unik, masukkan juga muzik atau video menarik yang boleh membuatkan pendengar tidak akan menoleh atau mengubah perhatian meraka ke tempat lain.

Intonasi suara juga perlu dipelbagaikan supaya ia menjadi menarik tetapi sedap didengar.

Ini penting untuk mengekalkan momentum dan semangat kita semasa pembentangan.

4. Pengolahan Isi Kandungan yang Menarik


Jangan terlalu memfokuskan kepada isi kandungan yang tertera di dalam slide pembentangan sahaja.




Bawalah imaginasi pendengar ke suatu suasana yang menarik seperti kisah-kisah atau pengalaman yang pendengar tidak pernah lalui. Ini akan menjadikan pendengar terasa kagum dan memutikkan perasaan ingin tahu kepada olahan yang kita bawa.

Ok..ni je tips yang aku boleh bagi.

Selamat mencuba.

All the best.





DI MATAMU


Image result for lirik lagu sufian suhaimi




DI MATAMU


[Verse 1]

Apakah kau cuba untuk menafikan

Keikhlasan hatiku padamu

Betapa ku mencuba

Mendapatkan secebis kasih mu


[Verse 2]

Apakah kau tak mampu untuk menentukan

Di antara kaca dan permata

Betapa telahan mu

Memaksa ku mengundurkan diri


[Chorus]

Dan tak seharusnya aku

Bertemu dirimu di dunia ini

Dan kau membuang diriku sesuka hati mu

Dan memilih dia

Dan ku tersandar begini

Meratapi hati yang telah dilukai

Aku sedar betapa hinanya

Ku di matamu


[Bridge]

Namun jika ku diperlukan, dan diterima

Izinkan ku menagih kasihmu

Namun jika ku ditolak, tak diperlukan

Buang segala tentang ku


[Chorus]

Dan tak seharusnya aku

Bertemu dirimu di dunia ini

Dan kau membuang diriku sesuka hatimu

Dan memilih dia

Dan ku tersandar begini

Meratapi hati yang telah dilukai

Aku sedar betapa hinanyaKu di matamu


Image result for lirik lagu sufian suhaimi

Monday, November 26, 2018

CARA BELAJAR MENGGUNAKAN EXCEL DENGAN CEPAT

CARA BELAJAR MENGGUNAKAN EXCEL DENGAN CEPAT

Penat dah menggunung dan membukit aje..

Nak kongsikan sikit cara belajar menggunakan excel dengan pantas...

1. Penghitung dasar

Di Excel, untuk menghitung angka dan memanipulasi data lainnya memiliki istilahnya sendiri yaitu menggunakan “Fungsi”. Fungsi boleh dikatakan “rumus” agar angka yang keluar sesuai yang kita inginkan. Untuk membuat Fungsi, anda harus klik kotak yang tersedia di Excel dan ketik tanda “=” (sama dengan).

Memasukkan Formula Dan Melihat Hasilnya

Misalnya anda ingin mengira 5 + 5. Anda pasti sudah tahu kalau hasilnya 10, jadi formula lengkapnya adalah “5 + 5 = 10”. Di Excel, tanda “=” diketik terlebih dahulu, baru diikuti dengan rumusnya. jadi, untuk menampilkan hasil pertambahan, silahkan ketik di Excel “=5+5”. Setelah anda tekan enter, maka hasilnya akan keluar.

2. Kalkulator atau autosum

Autosum disini merupakan fungsi yang boleh anda gunakan untuk kalkulat cepat tanpa perlu  mengetahui rumus kiraannya.

Menggunakan Autosum

Fungsi Autosum Lainnya

Selain penjumlahan, anda juga bisa menggunakan fungsi-fungsi lainnya pada menu Autosum seperti gambar diatas.  Penjelasan untuk masing-masing fungsi tersebut adalah sebagai berikut:

SUM: Penjumlahan
Average: Mencari nilai rata-rata.
Count Numbers: Mendapatkan jumlah sel yang diseleksi.
Max: Mencari nilai paling besar.
Min: Mencari nilai paling kecil.

3. Otomasi data serdehana dalam sel.

Silakan anda ketik 1 di sel pertama. Kemudian ketik 2 di bawah dari angka 1 tadi atau disamping kiri atau kanannya. Kemudian, blok dua angka tersebut dengan cara klik kiri dan tahan dari sel A1 dan geser ke sel A2 seperti pada gambar diatas. Setelah anda blok, nanti diletakan kanan bawah blok tersebut, akan ada kotak berwarna hijau. Sila klik dan tarik kebawah. Untuk percubaan kali ini, sila tarik hingga ke sel A5.

Otomasi Data Penambahan Angka Dalam Excel

Pengembangan dan Latihan: Silakan anda membuat pola lainnya dengan menggunakan fitur otomasi sel ini. Misalnya, buatlah agar urutan datanya menjadi 1, 3, 5, 7, dll. Lalu, cuba juga jika anda memasukkan huruf kedalamnya. Misalnya anda masukkan No. 1, No. 2, No. 3, dll. Lakukan juga kedalam baris, bukan hanya kolom seperti pada tutorial ini.

4. Mengformat Angka

Format angka diperlukan jika anda memasukkan data dengan jenis yang berbeza. Misalnya 100% tentu berbeza dengan RM 100. Walaupun anda mengetikkan sama-sama angka “100”, penggunaannya berbeza. Di Excel, anda boleh mengubah format angkanya sesuai dengan yang diinginkan.

Mengubah Format Angka Di Excel
Format Angka Uang

Hasilnya bisa anda lihat seperti gambar diatas.

5. Membuat tabel

Tips lainnya untuk cara belajar menggunakan Excel dengan cepat adalah membuat tabel.

Membuat Tabel Di Excel


Ok...cukup di sini saja dahulu...yang lain akan menyusul kemudian ok..




GUNUNG DATUK


GUNUNG DATUK


Kali ini pendakian ke Gunung Datuk di Rombau most wanted.
Den maleh nak taip panjang...pandai-pandai le ekau tengok gambo ni yo...
Biarlah gambar yang berbicara...puncak berangin dan menjanjikan pemandangan dan kepuasan yang teramat sangat...gambar sepanjang pendakian tak tau mane manghilang dah...ni gambar-gambar trip yang ke 2.0...



Jago-jago jang oi..tinggi tobing batu tuu...angin pun kuek..



Di hujung sana boleh lihat laut Selat Melaka



Ade 8 biji Dragon Ball semuanye..haha



Pasai ape tulisan sign board terbalik...



Duk kejap sebab angin kuat sangat...abg bukan laa berat sangat..nipis jeee...

Tunggu bila ade masa nanti Gunung Datuk 3.0 akan menyusul...

Tengok video ni...





BUKIT TABUR

BUKIT TABUR

Jalan-jalan Bukit Tabur...
Terletak di Taman Melawati dan boleh dilihat dari MRR2 menghala ke Tol Gombak.
Ketinggian 396 meter (1,300 kaki).
Hutan simpan Gombak dan Empangan Klang Gates terletak di sisi bukit.
Bukit Tabur memang merbahaya dan mencabar.
Tetapi menjanjikan pemandangan yang menarik.


Berkabus


Permukaannya berbatu dan tidak luas.


2 pemandangan yang berbeza..permukaan bukit yang curam dan berbatu agak merbahaya bagi perahu-perahu kecil...


Bentuk muka bumi yang unik


Cover album..Di Matamu...


K habis...haha

Layan video bawah ni....memang terbaik...




GUNUNG NUANG




GUNUNG NUANG

Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.

Tingginya 1493 meteR pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :

Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
Dari Kampung Kemensah, Gombak.
Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang

Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.

Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.

Bermulalah kisah pendakian kami, mula mendaki jam 1.00 pagi pada hari Malaysia 2017...hanya bertiga..laluan seram dari parking hingga ke Kem LOLO...track adalah bekas jalan balak, terdapat banyak pokok buluh dan sungai di sebelah kanan sepanjang perjalanan ke Kem LOLO..

Bayangkan seram tak bila 3 orang masuk hutan jam 1.00 pagi...itu kerja gilerrr...

Kami tidak berani untuk mengambil gambar sekitar jam 1.00 pagi hingga siang sepanjang perjalanan di dalam hutan.....seram....




9.30 pagi sampi di puncak...tupai tu jinak..




Pewai tapi control




Penat tapi puas..aku yang sangkut bendera tu...




Bergambo sakan




Tupai ooo tupai...




Hujan sepanjang laluan Kem Pengasih tu yang membuatkan kaki barai..




Bendera tetap tak tinggal




Muke je suke..tapi takut nak bagi tupai tu makan...kakaka




Poyo je tu




Hamok dari Padang Besaq belakang tuu...baru beli..




Tak abis bergambo lagi..


Kami sampai semula ke parking adalah jam 4.30 petang..pewai yaa amat...tapi akan kami daki semula nanti Puncak Nuang ni...








Sunday, November 25, 2018

GUNUNG BEREMBUN

GUNUNG BEREMBUN


Trip ke Gunung Berembun
7.06am - 11.21am sampai di Bangkai Pesawat Pengebom 1945
12.03pm - 4.00pm sampai ke Parking
Sempat laa berehat di Gua Kambing, makan di Puncak Berembun dan mandi di Lata Berembun
Nah aku sajikan gambo...biar le gambo berbicara...


Seram nak lalu batang kayu nii...gayat


Dari Lata Berembun ke Gua Kambing melalui track hutan..pewai


Ni le namanye Gua Kambing...ade batu beso


Dari Gua Kambing ke Puncak Berembun track pacak 70darjah...sangat mencabar minda..




1014 meter tak tinggi tapi gile mencabar..




Ni la bangkai pesawat yang ramai nak tengok kalau dah sampi sini..tu enjin pesawat..




Tayar pesawat masih bergetah..




In memory




Badan pesawat


K habis...



Sekian