firework

Wednesday, November 28, 2018

AKU ANAK FELDA

TUJUAN AKU MASUKKAN CERITA FELDA DALAM BLOG INI
SEBAB AKU LAH "ANAK FELDA"...

Jomm kita belajar sedikit sejarah penubuhannya...

Image result for sejarah felda

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) (bahasa Inggeris: Federal Land Development Authority atau FELDA) adalah satu agensi kerajaan Malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Image result for kelapa sawit

Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. 




Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.


Image result for kelapa sawit


FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . 

Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. 



FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. 

Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.



FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.

AKU BANGGA MENJADI SEORANG ANAK FELDA...






No comments:

Post a Comment