firework

Monday, November 26, 2018

GUNUNG NUANG




GUNUNG NUANG

Puncak Gunung Nuang terletak di atas sempadan negeri Selangor dan Pahang. Titik fokus tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan terletak tidak jauh dari puncak Nuang.

Tingginya 1493 meteR pada kedudukan 3.3 ' Utara , 101.9'Timur. Boleh didaki dari tiga arah :

Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
Dari Kampung Kemensah, Gombak.
Dari Bukit Tinggi , Bentong, Pahang

Gunung ini menjadi sasaran pendaki kerana menjadi gunung tertinggi di Selangor. Di atas gunung telah dibina penanda puncak berbentuk tiga segi daripada besi. Jalan mendaki telah dibina oleh Jabatan Perhilitan dan Pejabat Daerah Hulu Langat bagi memudahkan para pendaki . Namun begitu beberapa kemalangan dan insiden hilang masih berlaku. Sebuah gua dikatakan ada di sini. Di sini juga terdapat kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor dan mungkin juga di Malaysia.

Para pendaki boleh ikut saluran paip air yang dibina hingga ke kolam air. Gunakan pemandu arah Orang asli suku Temuan dari Kuala Pangsoon jika perlu.

Bermulalah kisah pendakian kami, mula mendaki jam 1.00 pagi pada hari Malaysia 2017...hanya bertiga..laluan seram dari parking hingga ke Kem LOLO...track adalah bekas jalan balak, terdapat banyak pokok buluh dan sungai di sebelah kanan sepanjang perjalanan ke Kem LOLO..

Bayangkan seram tak bila 3 orang masuk hutan jam 1.00 pagi...itu kerja gilerrr...

Kami tidak berani untuk mengambil gambar sekitar jam 1.00 pagi hingga siang sepanjang perjalanan di dalam hutan.....seram....




9.30 pagi sampi di puncak...tupai tu jinak..




Pewai tapi control




Penat tapi puas..aku yang sangkut bendera tu...




Bergambo sakan




Tupai ooo tupai...




Hujan sepanjang laluan Kem Pengasih tu yang membuatkan kaki barai..




Bendera tetap tak tinggal




Muke je suke..tapi takut nak bagi tupai tu makan...kakaka




Poyo je tu




Hamok dari Padang Besaq belakang tuu...baru beli..




Tak abis bergambo lagi..


Kami sampai semula ke parking adalah jam 4.30 petang..pewai yaa amat...tapi akan kami daki semula nanti Puncak Nuang ni...








No comments:

Post a Comment