firework

Tuesday, November 27, 2018

4 Tips untuk Membuat Pembentangan


4 Tips untuk Membuat Pembentangan 


Image result for good presentation

Perkara ini penting bagi memudahkan dan melancarkan semua urusan semasa pembentangan dilakukan. 
Perkara neves atau gementar itu adalah lumrah manusia, namun boleh diatasi jika persediaan dari segi teknikal dan mental kita cukup dan betul-betul bersedia.

1. Berlatih Untuk Menjadi Sempurna

Semua orang tahu, "practise make perfect" formula ini memang semua orang tahu cuma sama ada kita nak buat atau tak. Gementar tu datang apabila kita melakukan sesuatu perkara itu untuk pertama kalinya. Namun jika ia diamalkan atau diulang-ulang untuk beberapa kali secara semula jadinya akal fikiran akan mengeluarkan semula idea atau gambaran apa yang harus dilakukan seterusnya.




Oleh itu berlatih laa untuk kita menjadi sempurna, walaupun memang bukan mudah untuk sempurna.

2. Kekal untuk "One Big Idea"

Kebiasaannya kita akan dihujani dan dilemparkan dengan pelbagai idea dan pandangan semasa pembentangan. Dalam usaha untuk membina keyakinan, kita kekal dengan satu idea yang telah kita rancang dan beri la alasan untuk meyakinkan pendengar supaya setuju dengan idea asal.




Jika terlalu melayani idea dan pandangan orang lain semasa pembentangan, ia akan mengganggu point dan idea asal kita. Selain itu juga masa pembentangan akan menjadi lebih panjang atau tidak cukup masa untuk menghabiskan slide pembentangan.

Image result for good presentation

3. Bijak untuk Menarik Perhatian

Kita hendaklah bijak untuk menarik perhatian pendengar semasa pembentangan dibuat.




Selain daripada isi kandungan yang baik dan unik, masukkan juga muzik atau video menarik yang boleh membuatkan pendengar tidak akan menoleh atau mengubah perhatian meraka ke tempat lain.

Intonasi suara juga perlu dipelbagaikan supaya ia menjadi menarik tetapi sedap didengar.

Ini penting untuk mengekalkan momentum dan semangat kita semasa pembentangan.

4. Pengolahan Isi Kandungan yang Menarik


Jangan terlalu memfokuskan kepada isi kandungan yang tertera di dalam slide pembentangan sahaja.




Bawalah imaginasi pendengar ke suatu suasana yang menarik seperti kisah-kisah atau pengalaman yang pendengar tidak pernah lalui. Ini akan menjadikan pendengar terasa kagum dan memutikkan perasaan ingin tahu kepada olahan yang kita bawa.

Ok..ni je tips yang aku boleh bagi.

Selamat mencuba.

All the best.





No comments:

Post a Comment